BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Soalan: Sekiranya suami berkata ekpada isteri, "jika engkau keluar rumah, maka jatuh talak" ieteri telah keluar rumah dan talak telah jatuh dan kedua-dua pasangan ini menyesali dan ingin rujuk, adakah perkahwinan mereka ini dibenarkan untuk ruju semula


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

Merujuk kepada persoalan saudara, perceraian disebabkan oleh taklik boleh rujuk semula pada bila-bila masa. Namun saudara perlu pergi membuat pengesahan cerai taklik tersebut di mahkamah syariah dan selepas itu membuat pengesahan rujuk di Pejabat Agama Islam berdekatan dengan kadar segera.  والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 77

message user image