Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Assalamualaikum, apakah hukum perempuan bujang yang tidak beruban dan tidak mempunyai masalah rambut mewarnakan rambut dengan inai? Dan rambut perempuan tersebut hanya ditatap oleh dirinya dan ahli keluarga sahaja. Sekian.
Jawapan
Merujuk kepada persoalan saudari, tiada halangan bagi perempuan bujang dan tidak beruban untuk mewarnakan rambut menggunakan inai. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.