BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : JENAYAH

message user image

  Soalan

Soalan: Bismillah, Dato Mufti, saya nak bertanya sedikit tentang sejauh mana perlaksaan fatwa yang mengatakan rokok haram di negeri selangor dan sejauhmana terpakainya enakmen jenayah syariah seksyen 13 yang jelas perbuatan merokok bertentangan dengan fatwa sekarang. So hukumannya?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudara; 1. Perlaksanaan Fatwa Tentang Merokok telah berkuatkuasa serta merta bermula tarikh fatwa tersebut dikeluarkan iaitu pada 25 Oktober 1995 (http://www.muftiselangor.gov.my/fatwa-personalisation/fatwa-tahunan/pewartaan/1995-1999/260-fatwa-tentang-merokok) 2. Bagi kesalahan merokok sebagaimana yang telah difatwakan, berdasarkan kepada Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995, di bawah Seksyen 12 (Menghina pihak berkuasa agama) menyebut : “Mana-mana orang yang bertindak dengan cara yang menghina kuasa yang sah, atau mengingkari, melanggar atau mempertikaikan perintah atau arahan:- (a) Duli Yang Maha Mulia Sultan atas sifat Baginda sebagai Ketua Agama Islam; (b) Majlis; (c) Mufti, yang dinyatakan atau diberikan melalui fatwa, adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2018
Jumlah Pelawat : 151

message user image