BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum SS Dato’ Seri Mufti. Saya ingin bertanya, apakah hukum download filem di telegram atau website. saya ada terbaca ia menyatakan haram jika download. persoalan saya : 1.jika filem itu sudah tidak ditayangkan di wayang atau tv (filem lama) bolehkah download filem tersebut. 2. jika website tersebut mengupload animasi jepun (anime) dan sebagai kerja mereka menterjemahkan animasi (subber), pendapatan mereka. Adakah kita juga boleh mengdownload animasi di website itu. 3.Apakah hukum mendownload filem filem di telegram atau website secara free.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, hukum memuat turun filem tanpa kebenaran dan keizinan tuan punya pemilik barang tersebut adalah haram sama ada percuma atau berbayar melalui apa jua aplikasi. Sebenarnya, di sana ada hak cipta yang perlu dihormati hasil daripada titik peluh seseorang atau syarikat dengan modal dan belanja yang besar. Justeru, perlulah kita mencermati dalam mengambil sebarang tindakan agar tidak termasuk dalam kalangan mereka yang mencetak rompak. Kecuali jika pemilik telah mengizinkan sama ada secara bertulis atau bersyarat, maka harus dengan syarat bukan filem maksiat. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 257

message user image