Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Salam Ustaz. Soalan saya: Saya adalah pemastautin tetap di Johor Bahru. Pada bulan puasa yg lepas,saya ada buat kerja di Batu Pahat,Johor sehingga waktu berbuka.Waktu berbuka di Batu pahat berbeza beberapa minit lewat dari Johor Bahru.Ketika waktu berbuka alarm talipon saya telah azan(waktu Johor Bahru) sedangkan saya berada di Batu Pahat.Waktu itu saya benar2 tak teringat tentang perbezaan waktu berbuka berkenaan, Saya telah berbuka mengikut waktu berbuka Johor Bahru sedangkan saya berda di Batu Pahat. Adakah saya perlu mengQadakan puasa saya..?
Jawapan
Merujuk kepada persoalan tuan, dalam mazhab as-Syafie, Imam al-Nawawi menjelaskan dalam kitab Raudhah al-Talibin bahawa: وَلَوْ أَكَلَ ظَانًّا غُرُوبَ الشَّمْسِ، فَبَانَتْ طَالِعَةً، أَوْ ظَنَّ أَنَّ الْفَجْرَ لَمْ يَطْلُعْ، فَبَانَ طَالِعًا، أَفْطَرَ عَلَى الصَّحِيحِ الْمَنْصُوصِ، وَبِهِ قَطَعَ الْجُمْهُورُ. Maksudnya : “Sekiranya seseorang makan kerana menyangka tenggelamnya matahari, ternyata belum tenggelam atau menyangka fajar belum timbul, ternyata telah timbul, dikira batal puasanya mengikut yang sahih daripada teks mazhab Shafie dan ia adalah pandangan jumhur ulama’ (Shafie).” Justeru, puasa tersebut batal dan wajib qada’ tetapi tidak berdosa. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.