BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Pertanyaan: assalammualaikum tumpang tanya .... jikalau saya lafaz takliq dekat isteri saya seperti demikian. "kalau kau keluar aku cerai kau" tapi isteri saya tidak melanggarnya lagi adakah boleh saya tarik balik takliq saya itu dan kalau tidak boleh bagai mana kami nak pergi hospital or klinik satu hari nanti...adakah sah dari segi takliq saya...dan kami ingin keluar untuk pergi ke klinik walaubagaimana pun kami tetap tunggu jawapannya


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

Merujuk kepada persoalan saudara, lafaz taklik : "kalau kau keluar aku cerai kau", itu merupakan lafaz taklik yang soreh (jelas). Sekiranya berlaku perlanggaran pada syarat taklik, maka berlakulah perceraian. taklik hanya akan terbatal jika perkara yang telah ditaklikkan telah berlaku. Adalah dinasihatkan saudara mengemukakan perkara ini terus ke Mahkamah Syariah yang berhampiran bagi menentukan pengesahan lafaz taklik dan status perkahwinan saudara mengikut bidangkuasa pihak mahkamah. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 92

message user image