BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Asalamualaikum. Saya masih keliru tentang air basuhan najis. Contohnya, apabila saya bermimpi dan air mazi terkeluar dan terkena cadar dan selimut saya, sebagaimana yang kita tahu bahawa ianya najis dan ketika saya membasuhnya, air yang jatuh selepas membasuhnya itu dikira najis atau tidak jika terkena seluar saya atau lantai. Dipendekkan cerita, air cucian yang sudah digunakan itu najis atau tidak, dan perlukah saya cuci seluar saya selepas terkena ia. Maaf ya jika bahasa tak berlapik. Dan jika air mazi itu air kencing bagaimana pula. Terima kasih.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudara, air basuhan yang telah digunakan merupakan air mutanajjis atau air yang telah terkena najis, dan ianya tidak boleh menyucikan. Namun, dalam persoalan ini, percikan air semasa membasuh kain cadar yang terkena najis tersebut adalah dimaafkan kerana ia amat sukar untuk dihindarkan/ mengelak daripada mengenainya. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 229

message user image