BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Salam. Saya nk tnya tentang puasa ganti & puasa sunat.Apa hukum nya jika seseorang itu sudah niat puasa ganti sebelum subuh, tapi dia masih 50 50 samada ingin puasa ganti shj, atau digabungkn dengan puasa sunat (contohnya : puasa 6 dlm bln syawal). Lalu, berkumandangkan azan subuh. Adakah puasa ganti itu tidak sah kerana menjelang subuh, dia masih belum jelas dengan niat samada ingin digabungkan dgn puasa sunat atau tidak. harap mufti dpt jwb soalan ini, walaupun agak remeh?? Terima kasih.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, niat merupakan syarat sah berpuasa dan hukumnya adalah wajib. Tanpa niat maka tidak sah puasa seseorang itu. Ini kerana berpuasa itu adalah satu ibadah dan ia tidak sah melainkan disertakan bersamanya niat seperti mana solat. Firman Allah SWT yang bermaksud : “Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya”. (al-Bayyinah : 5) Bagi puasa qada’ puan wajib niat sebelum terbit fajar. Manakala puasa sunat harus niat sebelum gelincir matahari. Dalam persoalan puan, yang dikira adalah puasa sunat sahaja. Oleh itu, jauhilah sifat was-was dan ragu-ragu. Jika berlaku was-was, ucapkanlah أعوذ بالله من الشيطان الرجيم. Moga-moga kita diberikan kefahaman oleh Allah dan dijauhkan daripada bisikan-bisikan yang buruk sehingga membawa kepada was-was. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 166

message user image