BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Apakah hukumnya menulis kalimat Allah Muhammad pada dahi jenazah menggunakan minyak wangi? Mohon juga sumber jawapan tuan? Jazakallah


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, hukum asalnya tiada dalam Islam untuk melakukan perbuatan tersebut. Adalah dinasihatkan agar perkara itu dielakkan kerana tiada tuntutan untuk berbuat demikian. Namun, memakaikan wangi-wangian kepada mayyit adalah digalakkan. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 208

message user image