BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum. Apa hukum kalau beli insurans kad kesihatan konvensional? Sebab kad kesihatan takaful memang murah tapi bila masuk hospital, kita kena bayar co-takaful atau deductible amount. Dah la kita ni memang cukup makan je nak bayar takaful murah tiba-tiba masuk hospital kena bayar lagi. Tujuan beli sebab nak elak kene keluar duit lebih kalau masuk hospital. Yang konvensional murah dan tak perlu bayar apa2 kalau masuk hospital.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudara, oleh kerana ada pilihan insuran kad kesihatan yang Islamik (takaful), adalah wajib memilih kad kesihatan takaful. Berdasarkan keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-89 yang bersidang pada 14-16 Disember 2009 telah membincangkan Hukum Mempromosikan Produk Insurans Konvensional Menurut Perspektif Syariah. Muzakarah berpandangan bahawa sistem takaful berlandaskan syariah sedang pesat berkembang dan memerlukan sokongan umat Islam dalam usaha untuk memartabatkan sistem muamalat Islam. Sehubungan itu, Muzakarah memutuskan bahawa orang Islam adalah dilarang mempromosikan produk insurans konvensional yang jelas berasaskan sistem riba. Walau bagaimanapun, pendapatan atau komisyen yang diterima dalam proses transisi dari sistem konvensional kepada takaful adalah dimaafkan. Ada syarikat takaful yang tidak berasaskan co-takaful. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 133

message user image