Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Apakah hukumnya jika bapa mertua saya yang sakit di jaga oleh adik ipar perempuan sedangkan isteri masih berkemampuan untuk menjaga. Adik ipar juga diminta untuk mengurut kaki abg iparnya ( menggunakan sarung tangan). Mohon pencerahan.. Sekian terima kasih
Jawapan
Merujuk kepada persoalan puan, hukum adik ipar yang menjaga bapa mertua sedangkan isteri (anak kepada bapa mertua) masih ada tidaklah menjadi satu kesalahan. Apa yang penting hendaklah menjaga batas pergaulan supaya tidak berlaku perkara-perkara yang boleh mendatangkan maksiat. Berkaitan hal keadaan adik ipar mengurut kaki abang ipar (dengan menggunakan sarung tangan) adalah sebaiknya perkara ini dielakkan. Kerana perbuatan ini boleh mengundang kepada perkara-perkara maksiat dan kemurkaan Allah SWT. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.