BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Soalan: Apakah hukum kita ambil duit seseorang tanpa pengetahuan orang tersebut dan kemudian kita membayar semula wang yang telah kita ambil juga tanpa pengetahuan orang tersebut?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, perbuatan mengambil duit seseorang adalah sesuatu yang haram kerana boleh diistilahkan sebagai mencuri. Firman Allah SWT yang bermaksud: "Sesungguhnya Tuhanku hanya mengharamkan perbuatan-perbuatan yang keji, sama ada yang nyata atau yang tersembunyi; dan perbuatan dosa; dan perbuatan menceroboh dengan tidak ada alasan yang benar” (al-A’raf : 33) Adapun memulangkan harta yang diambil itu kepada pemilik asalnya adalah perkara yang perlu dilakukan walaupun si mangsa tidak mengetahuinya. Saudara juga hendaklah beriltizam dengan taubat dan menyedari dengan insaf bahawa perbuatan mengambil harta tanpa hak itu berdosa dan berat kesannya di dunia dan di akhirat. Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud: "Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu saling memakan harta sesamamu dengan jalan yang batil." (an-Nisa' : 29) Adalah lebih afdhal untuk membuat pengakuan dan minta maaf. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 166

message user image