Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Saya seorang pegawai marin kapal . Di mana saya bertugas daripada pukul 6 ptg hingga 6 pagi . Semasa bertugas , saya tidak dapat tunaikan solat , kerana keselamatan kapal , di bawah tanggungjwb saya slm tempoh waktu tersebut . Jd saya ingin tahu , bagaimanakah saya boleh qada kan solat saya ? Semasa kapal tidak belayar , di mana status saya bukan musafir
Jawapan
Merujuk kepada persoalan tuan, solat adalah satu kefardhuan yang telah ditetapkan waktu-waktunya. Adalah dicadangkan agar tuan berbincang bersama pegawai-pegawai yang lain untuk mencari sedikit ruang bagi melaksanakan tuntutan solat fardhu seperti membuat penggiliran atau sebagainya. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.