BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Soalan: assalamualikum sy telah membuat potongan gaji bulanan ke akaun tabung haji ayah saya..setelah ayah saya meninggal dunia..bolehkan sy mengambil duit gaji yg sy telah potong tersebut ..kerana sy merupakan penama bg akaun tersebut..dan baki duit tersebut akan diagihkan kepada adik beradik yg lain.:ini kerana ibu saya hendak sy ambil duit yg telah sy potong setiap bulan tersebut..minta bg pandangan dalam hal ini..sb saya kuatir adalah haram jika sy mengambil duit tersebut


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudari, pada asasnya, jika niatnya untuk diberi (hibah) pada ayah, maka ia menjadi hak milik ayah. Justeru, bila ayah meninggal duit tersebut menjadi harta pusaka ayah yang perlu difaraidkan. Walaupun saudari sebagai penama terhadap akaun tersebut, peranannya adalah sebagai pemegang amanah, yang mana jika berlaku kematian kepada pemilik akaun, penama yang akan mengurus harta tersebut untuk dibahagikan kepada ahli waris. Bukan mewarisi kesemua harta dalam akaun tersebut. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 84

message user image