BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Salam, saya ada soalan berkaitan darah haid. Tempoh haid saya ialah 7 hari. Tetapi, walaupun dah lebih 15 hari, darah saya masih tak henti. Darah saya berwarna gelap dan pekat. Saya mula haid pada 2 Mei 2020 dan sampai sekarang 31 Mei 2020 darah saya tidak henti keluar dan darahnya sikit dan berwarna gelap. Adakah ini masih dikira haid atau istihadah? Sebab dah lepas tempoh minimum 15 hari suci kan? Selepas tempoh 15 hari tu, saya dh mula solat mcm biasa. Tapi sekarang dah nak masuk 2 Jun 2020, so saya tak tahu sama ada saya perlu solat atau tidak sebab dh dekat sebulan. Saya tak tahu nak terangkan macam mana, saya cuma nak tahu, perlu ke saya solat dan adakah saya dalam tempoh haid? (Sebab dah nak masuk bulan Jun)


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, darah yang masih keluar selepas tempoh 15 hari dikategorikan sebagai istihadah. Dalil yang diriwayatkan daripada Aisyah RA, menerangkan bahawa Fatimah binti Abi Hubaisy RA pernah bertanya kepada Rasulullah SAW: إنى امرأة استحاض فلا أطهر افأدع الصلاة؟ فقال : لا، إنما ذلك عرق وليس بالحيضة فإذا أقبلت الحيضة فدعي الصلاة وإذا أدبرت فاغسلي عنك الدم وصلي Maksudnya : “Sesungguhnya aku didatangi istihadah, maka aku tidak suci. Adakah aku perlu meninggalkan solat?”. Rasulullah SAW menjawab: “Tidak, sesungguhnya itu ialah ‘irq (penyakit). Tinggalkan solat pada kadar haid yang kebiasaan bagi kamu, kemudian hendaklah kamu mandi dan dirikan solat”. (Riwayat Muslim) Walau bagaimanapun, puan disarankan untuk merujuk daktor pakar bagi mengenalpasti masalah yang dihadapi kerana berlaku pendarahan yang berpanjangan dari tempoh kebiasaan haid puan, sekiranya ia tidak pernah berlaku sebelum ini. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 67

message user image