Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum.
Ustaz nak tanya, saya ada perselisihan faham dengan suami. Selepas itu, suami cakap apa yg 'awak pikir itu la yang jadi'. (Semasa perselisihan itu saya ada terfikir macam-macam. Contoh kalau dia dan anak2 meninggal macam mana, perpisahan dan lain-lain) tetapi saya tanya suami apa maksud dia. Dia kata bukan bermaksud tentang perpisahan tolong jangan berpikiran negatif dan jangan berfikiran bukan-bukan. Nak tanya adakah jatuh talak berdasarkan apa yang saya fikir tetapi bukan itu yang dimaksudkan suami. Terima kasih.
Jawapan
Merujuk kepada persoalan yang diajukan, lafaz talak merupakan lafaz yang dibuat oleh suami. Jika hanya berdasarkan fikiran isteri tanpa lafaz dari suami maka talak tersebut tidak berlaku. Walau bagaimanapun, pihak saudari boleh merujuk ke Pejabat Agama Islam yang berdekatan bagi mendapatkan penjelasan yang lebih lanjut.
Sekian, teima kasih.