BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: assalamualaikum Saya ingin bertanya baju yang tekena haid telah dicampur dengan baju yg biasa untuk di cuci menggunakan mesin basuh manual. Saya telah mencampurkannya dengan air sabun telebih dahulu baru dibilas dengan air biasa.(warna air di dalam mesin basuh tidak berubah akibat dari najis ) Soalan saya adakah pakaian pakaian di dalam mesin dikira suci dan boleh dibawa untuk beribadah? mohon penjelasan. terima kasih


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, pada asasnya membasuh dengan mesih basuh separa automatik/ manual hukumnya tidak suci kerana air yang digunakan telah bercampur dengan bahan pencucui pakaian yang menyebabkan sifat air bukan lagi mutlak. Proses membasuh menggunakan mesin basuh separa automatik boleh menjadi suci sekiranya memenuhi perkara berikut : 1. Pakaian dikeluarkan daripada mesin basuh dan dibilas dengan air mutlak, atau 2. Pakaian dijirus dengan air mutlak dan pada masa yang sama laluan air keluar di mesin basuh dibuka sehingga air melalui semua pakaian tersebut, atau 3. Pakaian yang telah dicuci dipindahkan ke tempat pengering dan pada masa yang sama dilalukan air sehingga air mengenai semua pakaian tersebut dan laluan air perlu dibuka agar air tidak bertakung. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 185

message user image