BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Soalan: Salam. Apakah hukum bermain permainan video yang mana terdapat didalamnya perkataan crusader atau maksudnya merujuk kepada tentera bersalib kristian? Kedua, apakah hukum menggunakan youtube setelah tersebarnya video pada tahun 2013 yang menghina Rasulullah SAW di platform itu? Dan Google pula pernah berkeras untuk tidak memadam video tersebut dari youtube. Sekian.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, haram bagi orang Islam membuat sesuatu perkara yang boleh membawa penghinaan kepada agama Islam ataupun mengagungkan agama lain walaupun dalam bentuk permainan video. Boleh dikira bersubahat. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 92

message user image