BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum.Maaf jika saya banyak bertanya.Saya ada soalan.Saya membasuh tangan saya di tandas .Kemudian saya menghidu tangan saya kerana risau ada bau najis.Tetapi sebelum itu saya tidak buang air besar atau kecil.Semata mata basuh tangan sahaja.Saya hidu tangan saya kerana saya memang alami was was teruk,saya risau ada najis pada paip atau kepala paip. Saya dapati tangan saya bau seperti najis.Saya membasuh hidung dan tangan saya kerana hidung saya terkena tangan semasa menghidu tadi.Saya membasuh hidung sekadar menyapu air beberapa kali manakala saya basuh tangan dengan betul.Saya juga cuci kepala paip saya.Selang beberapa minit,Saya ingin hidu hidung saya dengan lap pada tangan dan dapati bau najis masih ada,dan saya lap sekali lagi dan hidu,tiada pula bau.Hal ini mendatangkan was was.Saya hindari was was dengan lap tangan saya di baju .Adakah baju ,tangan dan hidung saya bernajis?Saya tidur dan adakah cadar saya bernajis kerana baju saya?Saya solat tetapi telah salin baju adakah solat saya sah kerana risau badan saya terkena najis yang ada pada baju.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, sekadar membasuh tangan ditandas tidak menjadikan tangan puan terkena najis. Dalam feqah, dikira terkena najis apabila terdapat ain(benda) najis tersebut. Jika tiada najis semasa puan membasuh tangan, maka tidak dikira sebagai terkena najis pada tangan puan. Terdapat beberapa catatan ulama’ telah mengesyorkan untuk menghilangkan penyakit was-was ini antaranya; 1. Mengambil sikap tidak peduli, iaitu dengan membiarkan perasaan was-was tersebut. 2. Bersabar dan terus mencuba menghilangkan was-was. Mereka yang ditimpa penyakit was-was ini sebenarnya sedang diuji, iaitu ujian menentang syaitan. 3. Mempelajari tatacara ibadah yang sahih. Dengan mempelajari ibadah yang sempurna dapat membantu menghindari penyakit was-was ini. 4. Sentiasa memohon perlindungan Allah SWT. Ini kerana bisikan syaitan sentiasa menyebabkan perasaan was-was kepada manusia. Perlindungan daripada Allah SWT teramatlah penting dalam usaha mengekangnya. Firman Allah SWT yang bermaksud : “Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan dari Syaitan, maka hendaklah engkau meminta perlindungan kepada Allah. Sesungguhnya Dia lah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui”. (Fussilat : 36) والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 631

message user image