BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Di dalam keadaan lepas hujan saya terpijak najis anjing. Kemudian saya gosok selipar saya pada tanah dan kemudian saya basuh dengan gosok pada lopak air berdekatan. Kemudian saya masuk ke dalam kereta. Adakah najis tersebut sudah dikira hilang dan adakah najis tersebut berpindah ke karpet kereta saya?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan, selipar saudara masih menanggung najis kerana tidak mengikut kaedah atau cara menyucikan najis mughalazah (najis berat) mengikut mazhab syafie. Menurut pendapat Mazhab Syafie, wajib dibasuh tempat yang terkena najis anjing sebanyak tujuh kali iaitu satu kali dengan menggunakan tanah (air tanah) dan 6 kali lagi dengan air mutlak. Berdasarkan kepada hadith yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA., bahawa Rasulullah SAW bersabda; طَهُورُ إِنَاءِ أَحَدِكُمْ إِذَا وَلَغَ فِيهِ الْكَلْبُ، أَنْ يَغْسِلَهُ سَبْعَ مَرَّاتٍ أُولَاهُنَّ بِالتُّرَابِ Maksudnya : “Sucinya bekas air seseorang di antara kalian jika dijilat anjing adalah dengan dicuci sebanyak tujuh kali, permulaannya dicampur dengan tanah.” (Riwayat Muslim) Cara menyucikan najis anjing: Pertama ; Buang najis terlebih dahulu. Kedua ; Basuh tempat yang terkena najis anjing itu dengan air yang bercampur tanah (sekali sahaja). Ketiga ; Bilas dengan air biasa yang suci sebanyak enam kali. Jika karpet kereta itu terdapat ain dan sifat (bau,warna dan rasa) najis anjing maka wajib menyucikan mengikut kaedah di atas. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 628

message user image