BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Soalan: Soalan 1: Topik Jual beli emas. Saya ada membeli beberapa jenis emas iaitu Gold bar dan juga barang kemas melalui online. Selepas membayar- Penjual akan mengepos emasnya kepada saya. Adakah sah jual beli emas begitu. Biasanya tempoh masa untuk sampai kepada saya adalah dalam 3-6 hari. Bergantung keadaan pos. 2. Saya pernah membeli emas melalui akaun emas fizikal. Saya hanya bayar di ke syarikat dan boleh keluar emasnya pada bila2 masa. Yang menjadi masalahnya- Pernah terjadi iaitu- bayaran emas sudah dibayar tetapi emasnya selalu x ada sehingga lambat menjadi hampir 3 bulan baru saya dapat emas fizikal itu. Adakah sah jual beli begitu. Penangguhan terlalu lama


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, situasi pertama proses pembelian emas secara online dan akan terima melalui pos dalam tempoh masa 3-6 hari adalah sah berdasarkan kepada Parameter Pelaburan Emas yang telah diputuskan oleh Muzakarah Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-96 yang bersidang pada 13-15 Oktober 2011. Ini kerana emas adalah item ribawi iaitu sama illah dengan wang dan transaksi pembelian atau penjualan emas mestilah memenuhi beberapa syarat antaranya iaitu jual beli emas hendaklah dijalankan secara lani, dan tidak boleh berlaku sebarang penangguhan. Syarat ini terpakai bagi emas yang bercirikan item ribawi, seperti emas jongkong dan syiling emas. Ia tidak termasuk barang perhiasan emas kerana ia telah terkeluar daripada illah ribawi. Walaubagaimanapun, muzakarah lebih cenderung penyerahan emas mestilah di lakukan di dalam majlis akad tanpa ada penangguhan. Ini adalah kerana di dalam urusniaga emas, kelewatan tiga hari bukanlah suatu uruf (adat kebiasaan), berbeza dengan isu tukaran matawang asing. Bagi situasi kedua iaitu emas sudah dibayar tetapi emas selalu tiada atau lambat sehingga hampir 3 bulan, urusniaga ini dilihat terdapat unsur-unsur gharar (keraguan). Ini kerana dalam Islam urusniaga tersebut hukumnya adalah haram dan wajib dielakkan. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 126

message user image