BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum .tuan/puan sy Ada perkara nk minta penjelasan tuan /puan berkenaan masaalah rumah tangga .baru baru ni sy berkata kepada isteri dengan niat untuk menakutkan seandainya dia berpindah ke rumah lain tanpa izin sy akan jatuh talak satu ke atas nya .masaalah rumah tangga kami berpunca dari perasaan tidak puas Hati isteri Saya terhadap adik -beradik saya yg dh berlanjuatan sekian lama.yg jadi mangsa Saya tempat dia melepas kan emosi .dia sy dah Cuba nasihat kan tapi maaf lah Saya kata kan isteri Saya sememang nya Jeni's yang panas baran .dah berkali meminta cerai dari Saya...buat pengetahuan tuan/puan .isteri sy dah pun menyewa lain rumah tanpa pengetahuan Saya .anak sy pun merahsiakan hal ni dari saya..atas desakan Saya akhirnya anak Saya mengaku .yang ibunya telah menyewa lain kediaman.secara jujurnya Tak pernah terlintas dari hati Saya menceraikan isteri Saya .Saya beritahu Kat keluarga Saya agar lupakan hasrat untuk berpindah dan Tak kesah atas bayaran sewa rumah baru tu biarlah Tak dapat balik.tapi sebalik nya isteri Saya tetap dengan pendiriannya.buat pengetahuan tuan/puan kami dah berkhawin hampir 23 tahun .sy dah Cuba bahgiakan keluarga saya .atas apa yang Saya mampu .makan minum tempat tinggal (sewa ) pakaian kenderaan alhamdulillah ALLAH beri lebih dari cukup minta nasihat dari pihak tuan /puan apa yang perlu Saya. .Saya masih memerlukan keluarga .Saya .dan alhamdulillah masih mampu menanggung keluarga Saya ...


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

Merujuk kepada persoalan tuan, 1. Isu lafaz cerai yang dinyatakan oleh tuan itu termasuk dalam kategori lafaz cerai taklik. Maksudnya, sekiranya lafaz tersebut dilanggar oleh pihak isteri, maka jatuhlah talak. Sebaiknya perkara ini hendaklah dikemukakan terus ke pihak Mahkamah Rendah Syariah yang berhampiran tempat tinggal untuk pengesahan dan urusan selanjutnya oleh pihak yang mempunyai bidang kuasa pengesahkannya. 2. Dalam menangani masalah rumah tangga pula, pihak Pejabat Agama Islam Daerah melalui Unit Undang-undang Keluarga ada menyediakan ruang untuk mana-mana pasangan yang mempunyai masalah untuk menjalani sesi khidmat nasihat atau rundingcara secara lebih profesional, tiada bias dan menepati kehendak syariat. Justeru, tuan dan isteri dicadangkan agar merujuk perkara ini ke sana bagi mendapatkan khidmat nasihat tersebut. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 141

message user image