BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Assalammualaikum, Saya ingin bertanya mengenai mandi wajib..Setelah selesai mandi wajib, saya telah pun mengelap badan saya..Selepas itu saya merasakan tidak yakin kepada sesetengah bahagian tubuh saya tidak mengenai air. Saya menyambung kembali mandi wajib saya hanya pada badan bahagian badan yang saya tidak yakin.. Adakah ini sah mandi wajib saya?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, hukum mandi wajib saudara sah dan sempurna, kerana tidak disyaratkan muwalat (موالاة) dan tertib dalam mandi wajib. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 79

message user image