BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum ..adakah wudhuk terbatal jika bersalaman dengan isteri selepas solat?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudara, suami isteri yang bersentuh kulit dalam keadaan berwuduk tanpa berlapik adalah batal wuduknya. Adapun jika yang disentuh itu adalah rambut, kuku dan juga gigi, maka tidaklah batal wuduknya. Firman Allah SWT : أوْ لَامَسْتُمُ النِّسَاءَ فَلَمْ تَجِدُوا مَاءً فَتَيَمَّمُوا صَعِيدًا طَيِّبًا فَامْسَحُوا بِوُجُوهِكُمْ وَأَيْدِيكُمْ مِنْهُ ۚ Maksudnya : “Atau kamu sentuh perempuan, sedang kamu tidak mendapat air (untuk berwuduk dan mandi), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah - debu yang bersih, iaitu : sapulah muka kamu dan kedua belah tangan kamu dengan tanah - debu itu”. (al-Maidah : 6) والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 137

message user image