Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Salam, Saya ingin menanya bab najis dimaafkan. Saya susah untuk mencari jawapan untuk soalan saya. Jika kita menyentuh najis yang dimaafkan contohnya darah yang amat sedikit, lalu membuangnya dan tangan kita tidak mempunyai ain najis lagi, tetapi belum disucikan. Lalu tangan yang (mungkin basah) menyentuh barang-barang lain, adakah barang tersebut juga najis, walaupun tidak dapat dilihat? Jika di dalam telinga, mempunyai luka dan kita menyucikannya, adakah memadai untuk cuci mana yang zahir sahaja atau haruskah kita masukkan air ke dalam telinga?
Jawapan
Merujuk kepada persoalan puan, kalau tangan itu basah masa menyentuhnya, hendaklah dicuci walaupun tidak nampak najisnya. Manakala luka ditelinga, cuci yang zahirnya sahaja. Tidak perlu masukkan air ke dalam telinga. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.