Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Adakah berdosa orang membuat animasi yang tidak menutup aurat tetapi tiada niat menghairahkan Dan adakah berdosa pembuat animasi apabila orang menonton animasinya?
Jawapan
Merujuk kepada persoalan saudara, hukumnya harus jika sopan. Sebaiknya jika animasi itu menggambarkan orang muslim dewasa, rekalah yang menutup aurat. Jika kanak-kanak, adalah dibolehkan dengan pakaian yang sopan. Harus jika bertujuan pendidikan yang boleh membawa kebaikan dan tidak melalaikan. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.