BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Soalan: Sekiranya si isteri meminta talaq contohnya: Isteri : ceraikan aku suami : pergi kau balik rumah mak bapak kau Isteri : cakap lah kalau aku keluar jatuh talaq Suami : pergi kau balik rumah mak bapak kau Soalan : 1 - Adakah jatuh talaq sekiranya isteri hanya keluar ke kedai dan masih lagi tak rujuk sesama sendiri sehingga keesokkan harinya. 2 - sekiranya isteri dan suami sudah berbaik akan tetapi tidak melakukan rujuk sesama sendiri dan isteri pulang ke rumah keluarga sendiri atas izin suami sekalipun tidak rujuk semula atas pertengkaran tersebut adakah talaq nya jatuh?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudari, bagi persoalan pertama berkaitan lafaz “pergi kau balik ke rumah mak bapak kau” dikategorikan sebagai lafaz kinayah (tidak jelas). Yakni lafaz yang tergantung niatnya, sekiranya si suami berniat cerai maka jatuh talak jika sebaliknya maka tidak jatuh talak tersebut. Merujuk kepada persoalan kedua pula tiada lafaz takliq yang dilafaz oleh suami yang melarang untuk balik ke rumah keluarga sendiri. Walaubagaimanapun, sebaiknya perkara tersebut perlu dirujuk kepada Bahagian Undang-Undang Keluarga Pejabat Agama Islam atau di Mahkamah Syariah yang berdekatan bagi mendapatkan penjelasan yang lebih lanjut. Wallahu ta’ala a’lam. Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 207

message user image