BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Soalan: assalamualaikum. saya dan pasangan saya telah terlanjur dan kami ingin berkahwin. saya mengandung 2bulan sekarang. tetapi ibu belah lelaki tidak mengizinkan dia berkahwin atas faktor usia. ibunya minta saya gugurkan budak ini dan buat taubat nasuha. saya buntu. saya tak mahu gugurkan. saya dan pasangan mahu besarkan budak ini. jadi psangan saya terpaksa buat keputusan untuk kahwin di belakang ibu dia. jadi dalam hal ni, adakah pasangan saya itu anak durhaka? kami cuma ingin betulkan kesilapan yang kami buat. minta penjelasan ya terima kasih


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

Merujuk kepada persoalan saudari, terlanjur merupakan suatu kesalahan jenayah syariah (zina) yang perlu bertaubat dan kesalahan mengikut enakmen yang boleh dikenakan denda/ penjara. Anak dalam kandungan tidak berdosa. Menggugurkan tanpa sebab yang diharuskan adalah suatu kesalahan (haram) yang hanya akan menambahkan lagi dosa. Perkahwinan yang dilakukan dengan membelakangkan ibu adalah sah, jika memenuhi rukun dan syarat-syarat sah nikah serta menepati kehendak Enakmen pentadbiran yang sedang berkuatkuasa. Bagaimanapun, anak yang dikandung tetap berstatus anak tidak sah taraf dan tidak boleh dinasabkan (dibin/dibintikan) kepada pasangan saudari. Islam meletakkan taat kepada ibu bapa dengan berbuat ihsan sebagai keutamaan. Ia diletakkan selepas mentaati Allah dan Rasulnya. Membelakangkan ibu dalam perkara yang menyakiti ibu boleh membawa kepada derhaka dan hilang keberkatan hidup. Selain itu, membetulkan kesilapan mestilah melalui cara yang betul. Allah Maha Pengampun, jika dilakukan dengan bersungguh-sungguh, insya-Allah akan memberi pengampunan. Dicadangkan berbincang dengan baik diantara dua keluarga. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 69

message user image