BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum, Saya ingin bertanya mengenai hukum memberi makanan kucing yang mengandungi lemak babi, seperti produk Royal Canin yang khususnya untuk rawatan buah pinggang kucing. Apakah hukum memberi kucing makanan itu dan sekiranya makanan itu tertumpah atas lantai, adakah wajib saya membersihkannya mengikut cara yang telah ditetapkan dalam Islam? Wajib untuk sertu atau samak? Mohon pencerahan, kucing saya menghidap penyakit buah pinggang, dan mengikut saranan doktor, harus memakan makanan yg khas seperti ini, harap penjelasan dari pihak tuan. Terima kasih.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, memberi kucing makanan tersebut adalah harus kerana kucing tidak ditaklifkan. Adapun, jika makanan itu tertumpah, maka wajib disertu sebagai najis mughallazah (berat) kerana kandungannya ada lemak babi, jika salah satu daripada keduanya atau kedua-duanya basah. Namun, jika kedua-duanya kering, maka dimaafkan kerana tidak najis. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 362

message user image