BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum. Saya ingin bertanya berkenaan sumbangan NGO. Adakah sukarelawan atau perkerja daripada sebuah NGO, atau yang menguruskan NGO tersebut, boleh mengambil upah atau gaji daripada sebahagian sumbangan yang dikutip daripada sumber lain seperti sumbangan orang awam atau organisasi tertentu. Adakah ini dibolehkan dan dianggap sebagai upah asalkan berpatutan (tidak melebih-lebih) sama seperti seorang amil yang menerima sebahagian daripada zakat. Mohon makluman dan pencerahan. Sekian terima kasih


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, boleh mengambil upah daripada hasil sumbangan tersebut sekadar hajat (keperluan) sahaja. Ia tidak boleh disamakan dengan tugas sebagai Amil. Jika petugas itu memang ada gaji yang dibayar oleh NGO tersebut, maka tidak boleh mengambil upah. Tetapi jika semata-mata tugasnyanya sebagai NGO untuk sumbangan, maka harus mengambil upah tersebut sebagaimana yang disyaratkan. Ia boleh diletakkan dalam bahagian kos pengurusan. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 85

message user image