BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum, Saya nak Tanya Haram Tak bagi Saya kalau Saya nak lakukan Embroidery Eyebrow ? Kerana nak tutup aib Saya . 1) bulu Kening Saya Masa lahir tebal 2) semasa usia kanak kanak lingkungan 11-12 terkena Chicken pox ( demam campak) Bulu Kening Saya terus gugur . 3) sampai Saya berusia 20 tahun , Kening Saya botak. 4) Semua orang sekeliling Saya , kawan kawan , keluarga Dan Rajan sekerja semua tegur Saya "Kening Mana?" 5) Zaman sekolah lagi la langsung Tak Ada kening , sampai jadi bahan jenaka . 6) Saya pakai make up Kening , tapi bulan Mei tahun 2020 , kulit muka Saya gatal gatal Naik ekzema sebab alah produk 7) Saya ikhtiar letak serum Kening untuk lebatkan Kening terus Naik merah ekzema Dan gatal . 8) Saya depressed juga sebab Saya pun Ada perasaan malas nak make up sebab nak tutup aib Saya . 9) kalau Saya nak cukur mesti Saya cukur betul betul Ada bentuk , sampaikan orang lain kata "cukur Kening ke?" 10) dalam office kalau Saya basuh Muka , office mate semua pandang sampai ladyboss datang kata nanti pakai Kening . Bukan ejek tapi nak kena nampak grooming lawa Kan .Saya kerja Telemarketing. 11)Saya nak sangat lepas ambil wuduk di surau luar dari rumah terus Ada kening bukan apa. Orang pandang Saya pelik 12) pelik Tak Ada kening 13) sampai tahap Saya memang kene pakai Kening walaupun nak masuk Meeting Online biasa biasa 14) posmen hantar barang pun sama pelik tengok Saya x Ada Kening. Saya harap Saya nak Ada "Kening" yang Tak perlu Saya di rumah pun orang pelik tengok Saya Tak Ada kening . Saya Tak berkahwin lagi .


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudari, harus melakukan Embroidery Eyebrow untuk menutup aib sendiri. Islam pada asasnya membenarkan segala jenis perhiasan yang tiada nas dari Al-Quran dan As-Sunnah Nabi SAW akan pengharamannya. Begitu juga bagi menghilangkan aib yang terdapat pada tubuh badan manusia, Islam membenarkan agar dihilangkan aib tersebut dengan syarat mendapat pengesahan daripada doktor pakar. Hal ini berdasarkan sebuah hadis dimana Nabi SAW pernah mengarahkan seorang sahabat yang kehilangan hidungnya ketika berperang agar dibuat kembali hidungnya menggunakan emas. عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ طَرَفَةَ، أَنَّ جَدَّهُ، عَرْفَجَةَ بْنَ أَسْعَدَ قُطِعَ أَنْفُهُ يَوْمَ الْكُلاَبِ فَاتَّخَذَ أَنْفًا مِنْ وَرِقٍ فَأَنْتَنَ عَلَيْهِ فَأَمَرَهُ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم فَاتَّخَذَ أَنْفًا مِنْ ذَهَبٍ Maksudnya: “Daripada Abdul Rahman bin Tarafah, sesungguhnya datuknya 'Arjafah bin As'ad telah terpotong hidungnya ketika peperangan al-Kulab. Maka diambil daripada perak untuk dijadikan hidungnya namun ia menjadi busuk maka Rasulullah SAW mengarahkan agar diambil daripada emas untuk dibina kembali hidungnya.” (Riwayat Abu Daud) والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 276

message user image