BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: assalamualaikum mufti 1. adakah tahi cicak dikira najis yang dimaafkan?sesetengah ustaz kata dimaafkan sesetengah kata tidak. saya keliru mahu ikut yang mana satu. 2. jika tahi cicak termasuk dalam air yang kurang dua qullah adakah air itu dikira najis. sesetengah ustaz kata tidak najis selagi tidak berubah sifat 3. saya ada terpegang sesuatu yang kelihatan seperti tahi cicak lalu saya membasuhnya di sinki. rupa rupanya itu adalah benar benar tahi cicak. saya risau kerana air basuhan itu terpercik merata rata hingga ke pakaian dan luar sinki. adakah dikira najis? adakah saya perlu membasuh sinki itu?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, 1. Pada asalnya, mazhab Syafie memandang tinja, bahan buangan dan kencing itu najis daripada sekalian haiwan sekalipun binatang yang dimakan dan tidak dimakan. Namun ada beberapa keadaan, iaitu berlaku umum al-balwa, keadaan apabila keberadaan najis itu susah dikawal dan dielakkan, seperti tahi burung di masjid, tinja ikan di dalam air dan tinja belalang, dan tinja haiwan yang tidak ada darah mengalir di dalam badannya termasuklah cicak mengikut pandangan sebahagian ulama, maka ia dianggap najis juga, tetapi dimaafkan kerana sukar untuk dielakkan. Justeru, jika tahi cicak itu boleh dielakkan, maka jika terpijak, dianggap najis yang perlu dibuang dan boleh merosakkan solat. Namun jika sedikit, dan akibat sukar untuk mengelakkannya, tidaklah merosakkan solat kerana najis itu dimaafkan. 2. Menurut Mazhab Syafie, air yang terkena najis kurang daripada dua kolah walaupun tidak mengubah bau, rasa dan warna, maka hukumnya, najis. Sebahagian ulama seperti Mazhab Maliki dan pegangan Imam al-Ghazali menyatakan, air kurang dua kolah yang terkena najis selagi mana tidak mengubah bau, rasa dan warna tidak dikira najis. Sememangnya terdapat perbezaan yang ketara antara ulama, bahkan ada sebahagian ulama berpendapat, jatuhnya tahi cicak ke dalam kolah ialah perkara yang dimaafkan dan sukar dielakkan walaupun airnya kurang dari ukuran dua kolah. 3. Berdasarkan situasi tersebut, sekiranya di sinki dan pakaian tiada tanda-tanda kewujudan ain najis dan 3 sifat najis iaitu bau, warna dan rasa maka ia sudah sempurna bersih dan suci. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 588

message user image