BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Pertanyaan mengenai jamak. Saya bergerak ke kg 200km selepas Isyak pada hari rabu dan ingin pulang semula hari isnin pagi selepas subuh.. Boleh kah kami membuat jamak sepanjang di kampung?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudara, tidak boleh solat jamak di kampung kerana perjalanan telah melebihi 5 hari, kerana dianggap telah bermukim. Oleh kerana hendak pulang pada pagi Isnin, maka telah melebihi tempoh yang ditetapkan dan tidak boleh solat jamak sepanjang di kampung. Hanya boleh jamak dan qasar dalam perjalanan pergi dan balik sahaja. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 72

message user image