BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum tuan.saya nak bertanya.ada kah terdapat dalil yang mengatakan sunat untuk mencukur rambut bayi selama 40 minggu berturut turut pada hari hari tertentu dimana setiap hari terdapat tujuan yang berbeza.sebagai contoh, setiap hari jumaat supaya bayi mudah menghafaz al quran dimasa hadapan.mohon penerangan dan panduan.terima kasih.assalamualaikum.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, pada dasarnya mencukur rambut bayi sunat dilakukan pada hari ketujuh (7) selepas kelahiran. Sebagaimana hadis yang diriwayatkan daripada Samurah bin Jundub katanya, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud; “Setiap anak terikat dengan akikahnya. Disembelih bagi pihaknya pada hari ketujuh kelahirannya dan dicukur rambutnya dan diberi nama pada hari yang sama” (Riwayat Ibnu Majah) Mencukur rambut bayi yang baru lahir sunat dilakukan pada hari ketujuh sebagaimana dalil di atas. Justeru, tiada dalil selain daripada itu. Oleh itu tuan bolehlah merujuk Garis Panduan Menyambut Kelahiran Bayi yang dikeluarkan oleh Jabatan ini sebagai rujukan. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 225

message user image