BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Soalan: sy ada mewakafkan tapak rumah utk kakak saya, kakak sy telah medirikan rumah disitu, sekiranya dia telah tiada dan warisnya tidak berminat tinggal disitu, apakah status Tanah wakaf tesebut.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, status tapak rumah tersebut seperti hibah bukan harta wakaf, kerana wakaf bersifat untuk kegunaan orang ramai/ masyarakat seperti sekolah, masjid dan lain-lain. Dan wakaf juga perlu didaftarkan dengan Majlis Agama Islam Negeri. Bila kakak meninggal, tanah tersebut menjadi harta pusaka kakak yang perlu difaraidkan kepada ahli waris. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 116

message user image