BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Salam. Antara tanda awal menopose adalah aturan Jais terganggu. Jika haid kitarannya kurang dari 15 hari jaraknya dari kitaran terdahulu, bagaimana ustaz?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, kitaran haid yang tidak tetap bagi wanita yang memasuki usia menopause adalah biasa, malah tidak perlu bimbang. Namun, perlu berjaga-jaga juga, kerana ada kalanya kitaran yang tidak tetap disertai pendarahan dari faraj boleh disebabkan oleh masalah lain seperti keadaan hormon yang tidak stabil, pengambilan pil perancang, berlaku kehamilan, masalah fibroid atau kanser. Walau bagaimanapun, jika yakin dan pasti bahawa pendarahan yang dialami kurang dari 15 hari jaraknya dengan kitaran terdahulu itu adalah darah haid, maka ia dihukumkan haid. Jika sebaliknya, ia merupakan darah istihadah. Sebaiknya, puan juga boleh merujuk kepada doktor bagi mengenalpasti punca berlaku sedemikian. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2018
Jumlah Pelawat : 166

message user image