Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: SUAMI BURUK SANGKA TERHADAP ISTERI SELEPAS LIHAT KEADAAN PEJABAT YG KADANG-KADANG ADA PEKERJA LELAKI SEORANG SAHAJA DI RUANG PEJABAT DAN ISTERI SEBAGAI KETUA BERADA DI DALAM BILIK KECIL DI DALAM PEJABAT.PD WAKTU SUAMI DATANG KE PEJABAT. UNTUK MAKLUMAN TUAN, PEJABAT HANYA ADA SATU PEKERJA LELAKI DAN SATU PEREMPUAN. BILA STAF PEREMPUAN CUTI MAKA TINGGAL LE STAF LELAKI BERSAMA BOS PEREMPUAN IAITU ISTERINYA TETAPI ISTERINYA BERADA DI DLM BILIK SELAKU BOS TERUTAMA WAKTU LPS ZOHOR HINGGA WAKTU BALIK PEJABAT. DI WAKTU PAGI, ADA HINGGA TENGAH HARI ADA PEKERJA LAIN. MOHON RESPON. TK
Jawapan
Merujuk kepada persoalan puan, seorang lelaki dan seorang perempuan berada di dalam satu pejabat memang boleh menimbulkan fitnah walaupun melibatkan majikan dan pekerja, kerana ia disebut sebagai ikhtilat. Bagi mengelak sangkaan buruk atau fitnah berlaku, dinasihatkan majikan untuk melakukan perkara berikut ; i. Membataskan urusan dengan pekerja lelaki hanya berkaitan urusan kerja semata-mata. ii. Mengenakan pakaian yang menutup aurat secara sempurna. iii. Memasang kamera litar tertutup cctv untuk keselamatan. iv. Melantik pekerja tambahan perempuan jika mampu. v. Membuka pintu utama dengan luas. Sebagai seorang suami sudah tentu ada sifat cemburu apabila melihat isterinya hanya bersama seorang pekerja lelaki di dalam pejabat dan begitu juga jika sebaliknya. Dalam keadaan ini mengamalkan perkara di atas dapat membantu menghilangkan fitnah atau buruk sangka. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.