Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Assalamualaikum, adakah hingus kucing dikira sebagai najis? Jika terkena pada pakaian bolehkah pakaian itu dibawa solat?
Jawapan
Merujuk kepada persoalan puan, hingus kucing adalah objek yang keluar daripada rongga dalaman kucing. Maka hingus kucing adalah Najis Mutawassitah (najis pertengahan). Jika hingus kucing terkena pada pakaian untuk dibawa solat maka wajib dibersihkan hingus kucing terlebih dahulu sehingga hilang ain dan sifat najis tersebut. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.