Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Assalamualaikum. Beberapa tahun lalu, adik saya ada bernazar untuk sembelih kambing sekiranya dia berjaya dalam interview kerja. Adakah boleh sembelih kambing (nazar) tu dia buat untuk kenduri kahwin contohnya. Mohon pencerahan. Terima kasih.
Jawapan
Merujuk kepada persoalan puan, adalah dibolehkan sembelihan daripada korban nazar untuk dibuat dalam mana-mana majlis. Perkara yang perlu dititik beratkan adalah nazar tersebut wajib dilaksanakan sekiranya apa yang dinazakarkan tercapai dan daging korban nazar tersebut hukumnya adalah haram dimakan oleh pemilik dan ahli keluarganya. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.