BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Soalan: Assalam. Saya ada satu soalan. Saya dengan kakak saya adalah sama mak dan lain bapak. Bagaimanakah hubungan saya dengan anak kakak saya (anak sedara saya). Adakah perlu menjaga aurat? Sbb saya keliru, apabila saya melawat ke rumah kakak saya, anaknya disuruh pakai tudung kerana kena menjaga aurat apabila dengan saya. Mcm mana tu? Sila bantu. Satu keluarga sedang buntu


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudari, aurat diantara adik beradik tiri lain ibu dan lain bapa adalah tidak ada sebarang ikatan mahram. Mereka adalah ajnabi dan anjabiyah antara satu sama lain. Oleh itu, wajib menutup aurat sesama mereka iaitu bagi perempuan seluruh anggota tubuh badan kecuali muka dan pergelangan tangan manakala bagi lelaki adalah dari pusat sehingga lutut. Tidak harus mereka berduaan dan tidak harus bersalaman. Kerana tiada ikatan Mahram dan mereka boleh berkahwin.. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 119

message user image