BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum, saya merupakan pegawai perubatan di klinik kesihatan ibu dan anak. Tugas saya melibatkan penjagaan wanita sepanjang mengandung, bersalin dan berpantang termasuk juga penjagaan bayi sehingga umur 6 tahun dan pelaksanaan imunisasi. Sepanjang karier saya, saya telah berjumpa beberapa kes yang melibatkan suami yang tidak memberi kebenaran utk isteri dan anak mendapatkan rawatan. Yang pertama, suami adalah anti-vaksin tetapi isteri sebaliknya menyebabkan akhirnya anak tidak diberi vaksin. Yang kedua, wanita yang ingin memakai kaedah perancang keluarga untuk menjarakkan kehamilan (lagi-lagi kes ibu berisiko tinggi) tetapi suami tidak benarkan isterinya itu utk mendapatkan perancang (walaupun telah dikaunseling). Apa hukumnya sekiranya wanita-wanita tersebut terus meneruskan vaksin/mengambil perancang walaupun tidak mendapat kebenaran suaminya? Kerana ini melibatkan kesihatan dan nyawa ibu/anak pada masa akan datang.. Terima kasih


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, suntikan – vaksin merupakan suatu usaha membina daya tahan seseorang terutama bayi yang baru dilahirkan daripada risiko dijangkiti penyakit. Ia merupakan amalan pencegahan awal sebelum sesuatu jangkitan penyakit terjadi. Ia sesuai dengan (الوقاية خير من العلاج) yang bermaksud “pencegahan itu lebih baik daripada rawatan”, amalan ini juga selaras dengan pendirian/ dasar Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Antara keengganan pengambilan vaksin berpunca dari kurang kesedaran dan kefahaman, juga kesan dari gerakan anti vaksin yang dilakukan oleh pihak-pihak tertentu. Selain meragui tentang bahan (vaksin) yang digunakan dari segi halal dan haram, juga keberkesanan mengawal dan kesan sampingan yang boleh berlaku. Dari segi hukum, adalah harus. Manakala dari segi perundangan, ia merupakan suatu pilihan. Sebagai isteri sebaiknya mendapat persetujuan suami, dalam masa yang sama dapatkan nasihat doktor pakar beragama Islam yang pakar. Sekiranya diperakukan manfaatnya lebih besar dari mudharatnya (kerana tanpa persetujuan suami) kepada kehidupan anak dimasa hadapan, maka puan harus melakukannya. Bagaimanapun semuanya mestilah bersandarkan kepada ketentuan Allah SWT. begitu juga dalam soal merancang kehamilan. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 163

message user image