BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Saya Nora'aini dari Putrajaya. Saya ada kemusykilan berkaitan aqiqah. Kalau saya tidak dapat buat aqiqah 3 org anak sy kerana ada masalah kewangan masa tu. Anak sy dah berumur 15 dan 12 tahun. Perlu kah saya buat aqiqah utk anak2 saya sekarang?.. Sekian, Terima kasih


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudara, aqiqah hukumnya sunat muakkad kepada kedua ibu bapa yang berkemampuan. Ia sunat dilakukan pada hari ke-7 setelah kelahiran bayi, jika tidak dapat ia boleh dilakukan pada hari ke-14 , jika tidak dapat juga boleh dilakukan pada hari ke-21,28 dan sehingga bayi berusia 2 tahun. Sekiranya ibu bapa belum berkemampuan, boleh dilanjutkan sehingga sebelum anak umur baligh. Setelah itu, tuntutan aqiqah kepada kedua ibu bapa gugur. Sebaliknya, tuntutan aqiqah itu boleh dilakukan kepada diri sendiri jika sudah mempunyai kewangan sendiri dan berkemampuan. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 162

message user image