BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum tuan..boleh kah di kongsi 1 bahagian korban kepada 5 orang. Contoh.3500 ÷ 7= 500 jadi 1 bahagian 500 boleh ke di kongsi kepada 5 orang jadi seorang kena bayar 100 seorang harap pihak tuan boleh beri penjelasan.trima kasih


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, ibadah korban diharuskan bagi seekor kambing hanya untuk satu bahagian, manakala bagi seekor lembu, kerbau atau unta dibolehkan penyertaan maksimum sehingga tujuh bahagian. Jabir bin Abdullah RA berkata; نَحَرْنَا مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَامَ الْحُدَيْبِيَةِ الْبَدَنَةَ عَنْ سَبْعَةٍ ، وَالْبَقَرَةَ عَنْ سَبْعَةٍ . Maksudnya : “Kami menyembelih binatang korban bersama Rasulullah SAW pada tahun berlakunya Perjanjian Hudaibiyah (tahun ke enam hijrah) bagi seekor unta untuk tujuh bahagian dan bagi seekor lembu untuk tujuh bahagian.” (Riwayat Muslim) Sekiranya satu bahagian korban dikongsi lima orang dengan masing-masing membayar secara sama-rata, penyertaan korban bagi bahagian tersebut adalah sah dengan syarat diletakkan satu penama sahaja dan hanya penama tersebut dikira telah melaksanakan ibadah korban. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 72

message user image