Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Assalamualaikum, Saya inginkan kepastian tentang hal ini, apakah benar menyahut cabaran lathi (lathichallenge) yang tular baru-baru ini adalah haram? Jika ianya haram, apakah faktor-faktor yang menyebabkan ianya haram. Yang kedua, apakah hukum pergi ke rumah-rumah hantu seperti, Night of Fright di Sunway Lagoon, misalnya. Adakah dibolehkan? Sekian soalan saya.. Mohon pencerahan..
Jawapan
Merujuk kepada persoalan puan, 1. Melakukan lathichallenge adalah haram kerana mempunyai unsur-unsur pemujaan yang dikhuatiri akan menjerumuskan pelakunya ke dalam perbuatan syirik dan kekufuran. 2. Adalah dilarang berkunjung ke rumah hantu dan seumpamanya sebagaimana yang telah difatwakan : https://www.muftiselangor.gov.my/fatwa-personalisation/fatwa-tahunan/pewartaan/2005-2009/183-pameran-jin-hantu-dan-keranda-pameran-alam-misteri-serta-yang-berkaitan-dengannya والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.