Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Salam tuan..1) apa hukum korban lembu yg cicah atau ditanda dengan besi panas pada kulit lembu...biasanya lembu thailand 2) dan bolehkah saya cacah atau tanda dengan besi panas pada kulit lembu untuk mengelakkan kekeliruan hak milik lembu yg dilepaskan dalam ladang..
Jawapan
Merujuk kepada persoalan tuan, 1. Hukumnya adalah sah, kerana ia tidak mengurangkan dagingnya atau mencacatkannya. 2. Boleh, bagi menentukan hakmiliknya, tetapi elakkan lebih afdhal kerana menyeksa haiwan. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.