BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Soalan: Assalam ustaz Pertanyaan sya.. Bolehkah isteri mohon cerai kerana sikap suami yang suka layari laman lucah ? Untuk elakkan perangai ini menjadi ikutan kat anak. Adakah isteri jatuh berdosa kerana berasa jijik untuk bersama setelah tahu perbuatan itu. Trima kasih ustza atas pencerahan


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

Merujuk kepada persoalan puan, sikap suami yang suka melayari laman web lucah sehingga tidak terkawal boleh menimbulkan masalah kepada diri (sebagai penyakit) dan keluarga terutama anak-anak. Ia perlu dapatkan nasihat termasuk membuat rawatan. Dalam peruntukan Seksyen 53 (h)(iii) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003, memberi hak untuk isteri membubarkan perkahwinan secara fasakh, apabila suami menganiaya isteri melalui kehidupan secara lucah. Bagaimanapun, usaha bagi menyelamatkan rumah tangga lebih diutamakan lebih-lebih lagi kerana telah mempunyai anak. Pada asasnya isteri haram menolak ajakan suami kerana hubungan itu merupakan hak bersama, kerana berdasarkan isteri wajib mentaati suami kepada perkara yang maaruf hingga menjadi asbab mudahnya masuk ke syurga. Isteri yang menolak ajakan suaminya untuk bersama tanpa sebarang keuzuran, hukumnya adalah berdosa. Ini jelas sebagaimana hadith yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda: إذَا دَعَا الَرَّجُلُ امْرَأَتَهُ اِلىَ فِرَاشِهِ فَأَبَتْ اَنْ تَجِئَ لَعَنَتْهَا المَلاَئِكَةُ حَتَّى تُصْبِحَ Maksudnya: “Apabila seorang suami mengajak isterinya ke tempat tidur, lantas ia tidak mahu datang, maka malaikat melaknatinya sehingga ke subuh” (Riwayat al-Bukhari) Bagaimanapun, suami sebagai ketua dan pemimpin dalam rumah tangga perlu ada lebih rasa tanggungjawab demi kebahagiaan bersama. Juga tidak melakukan perkara-perkara yang bercanggah dengan syarak. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 144

message user image