BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Assallamualaikum.. Saya ada pertanyaan..adakah mengibas pakaian itu memanggil syaitan..kerana ibu saya kerap marah apabila saya mengibas pakaian..mohon pencerahan


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, mengibas pakaian jika ianya bertujuan untuk membersihkan pakaian daripada habuk atau seumpamanya serta tiada sebarang kepercayaan lain maka perbuatan tersebut adalah diharuskan. Akan tetapi jika perbuatan tersebut disertai dengan kepercayaan yang tiada asasnya dari ajaran Islam, maka ianya haram dilakukan. Penyelewengan boleh berlaku dalam segala perbuatan sama ada dari sudut akidah, syariah atau akhlak jika tiada asas agama yang kuat. Mengaitkan perbuatan mengibas pakaian secara mutlak dengan memanggil syaitan adalah salah satu yang tidak tepat. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 181

message user image