BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Soalan: Saya mahu menjadi pereka fashion di luar negara (negara majority nya bukan beragama Islam seperti London). Apakah hukumnya jika saya me-reka baju -baju yang dikhaskan untuk orang bukan beragama Islam, agak tidak menutup aurat , adakah saya berdosa juga kerana berbuat sedemikian


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, sebaiknya elakkan dan jauhkan diri daripada perkara yang boleh dianggap bersubahat dalam melakukan maksiat walaupun sekadar pereka fesyen untuk orang bukan Islam. Walaupun sebenarnya orang bukan Islam tidak ditaklifkan untuk menutup aurat, tetapi ia boleh termasuk dalam membantu perkara dosa. Sebagaimana firman Allah SWT : وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ Maksudnya: “...dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan permusuhan. (al-Ma’idah : 2) والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 97

message user image