Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Salam ustaz..dulu bekas suami ada beli rumah secara ansuran atas nama sy..lps bercerai dia serahkan rumah tu dan di tanggung sepenuhnya oleh sy..lps beberapa tahun bercerai rumah tu di lelong..soalan sy adakah dia juga berhak menuntut ke atas baki wang lelongan tersebut kerana ianya berlaku selepas beberapa tahun kami bercerai
Jawapan
Merujuk kepada persoalan puan, jika bekas suami turut membayar ansuran bulanan rumah tersebut, maka beliau boleh menuntutnya sebagai harta sepencarian. Justeru, puan pulangkan semula duit yang disumbangkan oleh bekas suami menggunakan wang lelongan tersebut. Tetapi, jika pada awalnya suami telah berniat untuk menghibahkan sumbangan yang diberi semasa dalam tempoh perkahwinan, maka suami tidak berhak menuntutnya. Justeru, dokumen dan bukti-bukti perlu ada agar perkara ini dapat diselesaikan dengan baik dan berhemah. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.