Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Sy ada buat cucian dirumah org bukan islam yg bela ANJING. 1) perlu ke saya samak tangan yang kena air masa perah air sambil mop lantai. Sebab pada fikiran saya, lantai rumah & bilik tidur telah dipijak anjing yang berada dalam rumah itu walaupun lantai keadaan kering. 2) selepas saya cuci lantai bilik mandi. Baru orang yg bela anjing maklumkan pada saya. Kadang kadang dia mandikan anjing dalam bilik mandi. Perlukah saya samak tangan, kaki dan peralatan yang terkena air cucian lantai? Sebelum itu, sy ada lihat lantai basah,tak pasti bekas mandian anjing dia atau tidak. Tolong saya. Saya runsing nak letakkan situasi saya perlu samak atau tidak.
Jawapan
Merujuk kepada persoalan tuan, berdasarkan mazhab Syafie, seekor anjing dikira sebagai najis mughallazah. Sepertimana yang dikatakan oleh Imam al-Nawawi; واعلم أنه لا فرق عندنا بين ولوغ الكلب وغيره من أجزائه فإذا أصاب بوله أو روثه أو دمه أو عرقه أو شعره أو لعابه أو عضو من أعضائه شيئا طاهرا في حال رطوبة أحدهما وجب غسله سبع مرات إحداهن بالتراب Maksudnya; “Ketahuilah, tidak ada perbezaan di kalangan kami antara jilatan anjing dengan selainnya; daripada anggota-anggota anjing. Apabila terkena kencingnya, najisnya, darahnya, peluhnya, bulunya, air liurnya atau mana-mana anggota dari anggota badannya yang bersih ketika ia sedang berada pada keadaan apa sekalipun, maka wajib membasuhnya dengan tujuh kali basuhan dan salah satu daripadanya adalah tanah. (al-Minhaj bi Sharh Sahih Muslim) Bertepatan dengan kenyataan di atas berdasarkan persoalan tuan dapat dinyatakan bahawa, perlu sertu selepas melakukan cucian di rumah orang bukan Islam tersebut kerana tuan rumah telah memaklumkan anjing memang berada di dalam rumah. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.